Assalamualaikum
Lamanya ana tak update blog ana ni. Kali terakhir ana update
bulan disember 2009. Sebenarnya ana sibuk prepare untuk SPM yang bakal ana
tempuhi pada tahun 2010. Tapi Alhamdulliah dengan izin Allah ana Berjaya dengan
cemerlang. Walaupun tak dapat 10A+ tapi cukup la sekadar 8A 2B. Selang beberapa
hari atau beberapa minggu selapas SPM. Saya telah terpilih menjalani program
khidmat Negara (PLKN). Siapa yang suka pergi PLKN. PLKN sebenarnya bagus untuk
sesiapa yang terlebih social dan kepada sesiapa yang tak tahu bersosial
.
Pada 29 Mei 2010, ana
telah secara rasminya menjadi
pelajar PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA (PASUM). Dengar macam gah namanya
sama macam cara belajar disana. Ya Allah susahnya nak belajar. Subjeknya yang
sangat susah. Tapi alhamdullilah semester 1 ana Berjaya dapat 3.67 dan semester
2 ana dapat 3.89. Ana bersyukur sangat tak tahu nak cakap apa. Sekarang ni ana
tengah mengannggur menunggu masuk degree.
Apa mimpi ana update blog yang dah berhabuk ni? Actually ana
bosan duduk rumah tak buat apa-apa. Nak kerja tapi nak kerja lepas cuti
sekolah. Nanti ana tak dapat berholiday dengan family ana. Sementara duduk
bosan ana update la. Ana dah tak nak post pasal hubungan ana. Pada sesiapa tahu
pasal berblogging ni tolonglah hamba yang noob teknologi ni.
